Friday 4 March 2016

KINABALU HOLIDAY TOUR

                                               CUTI-CUTI SABAH 

                                            Kota Kinabalu Tour 3D2N




Kepada sesiapa yg berminat boleh hubungi saya di +601125337696


TERMASUK:
  • pengangkutan selama 3 hari
  • penginapan di KK TOWN- lodges (sarapan pagi termasuk)
  • airport pickup/transfer ke airport
  • Tours (city tour,kundasang,island hopping)
  • 1x BBQ LUNCH- hari ke tiga di pulau - eat all u can

1.Hari pertama: (CITY TOUR)-Lawatan di bandar kota kinabalu
VISIT:
*Bangunan tun mustafa
*masjid bandaraya/terapung *Muzium Sabah *Signal Hill *Tanjung aru beach- sunset view *Pasar pilipin- craft tangan/ikan masin/ (checkin)
Menara Tun Mustapha  terletak di Kota Kinabalu, Sabah merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung" alahaiii punya la panas juga hehe :-) tak pe tak pe. enjoy your holiday okey.. then next place to visit Muzium sabah,signal hill... haaa dan lain2 lagi yg dalam list tu, :-) 



Dalam perjalanan ni kita singgah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Masjid Terapung) di Likas untuk menunaikan solat Zohor-Asar. Ini masjid yang kedua terbesar di Sabah. Ia terletak kira-kira 3km daripada pusat bandar.

hummm Masjid ini terletak di kawasan yang indah di persisiran  pantai Teluk Likas di Laut China Selatan.  Pada asalnya tapak masjid adalah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas.Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Namun pembinaan masjid telah tergendala beberapa ketika kerana masalah kewangan. Akhirnya masjid telah dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2000. Dewan solat masjid ini besar sehingga boleh memuatkan 12,000 orang jemaah dalam satu masa.

Sebahagian besar dari masjid ini dikelilingi lagun buatan manusia; dari sinilah timbulnya gelaran Masjid Terapung. Manakala senibina masjid pula berasaskan pada Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah.
Oleh kerana itu beberapa bahagian dari masjid ini menyerupai ciri-ciri Masjid Nabawi. Keindahan masjid ini menjadikan ia sebahagian dari destinasi pelancongan di Sabah!
so kita ke next visit okey! hheee


okeyy now kita akan ke Pantai Tanjung Aru yang terletak berdekatan dengan Kota kinabalu airport. okeyy kota kinabalu ni memang terkenal dengan panorama sunset yang menakjubkan!hummm lagi nanti makan ice cream gunung yea jangan lupa order hehe, okeyy matahati dah terbenam itz time to eat! hehe tau korang dah lapar kan?  hehe me too me too.. mulut ni haaa yg tak sabar dah nak menguyah makanan sedap2. (padahal almost hari2 makan eheh)
toink toink hehehehe dah sampai dah dekat Pasar malam (ikan bakar nong! ehehe) the best thing is makan kat sini semuanya FRESH okeyy.. bila kita mintak baru diaorang masak, masak ape je korang nak.. masak sambal ker, masak 3 rasa ker.. humm lagi kalau nak rasa kepak ayam juga sedap cicah2 dengan cili kitcap!  seafood murah juga la lagi fresh. ok dah kenyang kan? bah jum balik lodge... 
hummm otw balik lodge.ni bandar kk rasa tenang tak traffic sangat.. opsss lupa2.. hehehe nak singgah dulu satu tempat ni.. nak tahu di mana? taadaaaaaaa... PASAR CRAFT TANGAN (mutiara)


Haaa ,,, ni cantik kan? (mutiara sabah)- kegilaan membeli gelang tangan, kerongsang, cincin, rantai. alaaa beli buah tangan untuk family kan... hummmm jangan lupa juga beli ikan masin, murah2 je boleh bawa 2 kotak sorang heehe ok la next is... TIDO :-P 





2.Hari ke dua: (KUNDASANG TOUR)
VISIT:
*kinabalu national park *Luanti Fish Spa *poring hot spring or cowfarm *canopy walk *Pekan Nabalu *memorial war *strawberry farm *back to kk
Good morning everyone! haaaaa ni dah Day 2 yea for our trip. bagun je lepas breakfast kul 7am macam tu kena gerak dah. sebab perjalanan ke kundasang ni bukan dekat. dalam 2 jam la juga :-( huhu jauh kan.. tapi tak pe,nak merasa sejuk2 hahaha well ni tempat ( PEKAN NABALU)-- kat sini boleh la nampak view gunung, haaa dan take note, buah buahan sini memang segar/fresh-- (nak tau segar ke tak, bah datang sabah hehe)



OMG OMG view yang indah kan? what do u think? haigoooo nak merasa juga? bah cepat2 datang sabah yea.. bawa family sekali lagi best! ( ni tempat ke Desa farm)


uikkkk my fav! setiap kali datang sini, tidak sah kalau tak beli ni,.. hehhee alaaa beli je murah (jangan kedekut ok,,, hehehe) tapi time sejuk2 macam ni boleh pulak kita makan ice cream.. batuk2 kang.. :-P ok ok dah puas dah tengok pemandangan lembu sana sini,, ok next please,,, 


LUANTI FISH SPA---haaa Mula-mula tu, takut2 jugak sebenarnya nak rendam kaki dalam tu. Tapi tengok orang lain, macam rilex je.  Dari buang masa fikir sakit ke tak fish spa ni, baik korang rendam je kaki dalam tu. Haha! Saya pun rendam kaki.Ikan-ikan kat sini berenang bebas kat Sungai Moroli and tak berganjak bila korang datang dekat.Masa rendam kaki and ikan dah berkumpul, saya ketap gigi. Sakit pun ada. Geli pun ada sebenarnya. Rasa sakit macam kena gigit semut api. Lama-lama jadik geli pulak. Haha! tapi best okeyyy.. next please.. 


 Ha dah sampai pun dekat Poring hot spring, boleh mandi manda di poring hot spring yg terkenal dengan kepanasan air yang ada di sini! haaa satu tips lagi, dalam kajian they said la hehe, sesuai untuk mereka yg ada penyakit kulit. selain tu korang boleh merenggangkan otot2 dan juga melancarkan peredaran darah dalam badan! it mean sesuai la dengan yg tua2 yeaaa.. haaa try this CANOPY WALK... tak la seram sangat.. just walk.. hehe penat giler plus laparrrrrrr ok time to eat.. tapi dekat tepi2 je ada.. murah dont worry hehe

Kitorang sempat beli strawberry pickes secoet, harga dia RM5. Saja beli nak try rasa dia macam mana. Tapi tak sedap pon hahaha entah la kalau korang rasa sedap ke pure strawberry .yg lain beli aiskrim strawberry. Boleh pulak makan aiskrim time hujan-hujan sejuk macam tu. HAHA. Lepas dah settle semua tempat yg di kunjungi kitorang terus ke balik ke KK (lodge)---- haigoooo penattttttttt baalik je terus tido!






Hari ke tiga: (ISLAND HOPPING) -Trip ke pulau sapi Time 8:45pm to 2pm menuju ke jetty Snorkeling set BBQ LUNCH 1x-eat all you can back to kk, direct to airport



Perjalanan ke Pulau Manukan bermula di Jeti Jesselton Point... Terdapat berbagai jenis kedai di Jesselton Point ni. Ada kedai makan, kedai barangan untuk island hopping dan banyak lagi.harga dekat sini jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dijual dekat pulau tu. So, better korang beli apa yang patut sebelum gerak ke pulau untuk menggelakkan sebarang kemungkinan. --- tadaaaaaa jom gerak!


Perjalanan dari Jesselton Point ke Pulau2 mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit. Akhirnya kami sampai, cuaca baik-baik sahaja.cantik view! Rugilah kalau pergi island hopping dengan cuaca mendung. 



sampai je, terus main this water ports.( parasailing )
harga water sports lain, (own expense)
*Parasailing *Fly fish *Banana boat *sea walking *jet ski


 ohhh baby not its time to swim, snorkeling... na tengok la ikan comel2 ni kan hahhhaa bah puas2 la mandi2 yea... sampai kulit  jadi gelap! (sekali sekala yea hehehhe) 
Rugilah Omg what is that? YOGA??? sorry yea tershot this pose... tapi punya hebat dia kan, kalau korang boleh buat cam ni, share2 nanti yea hahaha :-P



Okeyyy time to eat (BBQ LUNCH) 12:15pm---- so laparrrr la... rasa2 boleh habiskan 2 pinggan! eat all you can pulak tu... bah apa lagi jemput makan.. hehehe
lepas makan rehat2 dulu, ge hiking ker, then jam 2pm gerak ke jetty dah. then balik ke airport terus!



END TOUR